I made this widget at MyFlashFetish.com.

~Pembentangan Kumpulan~

Posted by smp2252asma Labels:


Pembentang 1:Mohd Effizan b. Wahid




Pembentang 2:Asmaliza bt Ab. Aziz






Pembentang 3:Haslina bt Mohd Yunus





Pembentang 4:Noraziemah bt Azman





Pembentang 5: Yuniza bt Yusoff

~Slide Sejarah Muzik Tradisional Malaysia~

Posted by smp2252asma Labels:



[Pengaruh Kepulauan Melayu Lama Muzik Tradisional Malaysia]

Posted by smp2252asma Labels:


Selain pengaruh Hindu dan Islam, Tanah Melayu juga dipengaruhi oleh Negara jirannya, iaiti Indonesia dan Negara Thai. Pendatang Indonesia, terutamanya orang Jawa, Minangkabau, Aceh, Bugis dan Sumatera yang hamper kesemuanya bertapak di selatan Semenanjung iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor, membawa bersama-sama mereka beberapa persembahan kesenian yang masih wujud ketika ini. Di antaranya ialah wayang kulit yang berbeza daripada yang terdapat di Kelantan dan Kedah, ketoprak (drama tari), sejenis persembahan teater lucu, tarian kuda kepang dan alat muzik angklung yang dibentuk daripada ruas dan kepingan buluh. Di samping itu orang Bugis membawa masuk ke Terengganu joget gamelan dari Kepulauan Riau dan rodat dari sumatera melalui Sambas di Borneo.

Selain pengaruh Indonesia di bahagian selatan, Tanah Melayu juga dipengaruhi oleh Negara Thai di bahagian utara. Selepas kejatuhan kerajaan Seriwijaya pada tahun 1403, Negara Thai menakluk keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan memaksa sultan-sultan Melayu menghantar bunga emas tiga tahun sekali sebagai tanda penaklukan. Pada masa kerajaan Melaka, pengaruh Thai terhad di utara Tanah Melayu. pada tahun 1821, kerajaan Thai menakluk negeri Kedah dan pada tahun yang berikut mereka menawan negeri Perak dan Selangor. Tetapi rancangan ini dihalang oleh pihak British yang menghantar beberapa buah kapal perang ke muara Sungai Tepeng.

Sepanjang kurun ke-19, Negara Thai telah mencuba untuk menetapkan kedaulatannya ke atas Kedah, Kelantan, Perak, Pahang dan Terengganu. Umpamanya, pada tahun 1842,Sultan Kedah dinaikkan semula ke takhta kerajaan negeri itu dengan syarat sultan meneruskan penghantaran bunga emas. Namun pada tahun 1860-an, Negara Thai terpaksa memansuhkan rancangan memperluaskan jajahannya untuk menakluk Terengganu dan Pahang kerana ternyata mereka tidak dapat menandingi kuasa militari British. Dengan Perjanjian Bangkok pada tahun 1909, Negara Thai telah memindahkan pemerintahan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada British.

Hampir lebih 500 tahun, negeri-negeri utara Semenanjung Tanah Melayu telah dipengaruhi oleh politik dan kebudayaan Negara Thai. Oleh itu, tidak hairanlah jika terdapat unsur-unsur Thai dalam bentuk persembahan seperti wayang kulit Siam di Kelantan dan wayang gedek di Kedah dan perils yang mempunyai patung dan alat-alat muzik yang hampir sama dengan persembahan seperti wayang nang talung Negara Thai. Contoh lain yang mengandungi unsure-unsur persembahan Thai ialah menorah yang mempersembahkan cerita Jataka dan lagenda tempatan dan makyung yang berasal dari kerajaan Melayu Patani di selatan Thai.

Sabah dan Sarawak sebaliknya menunjukkan pertalian kebudayaan yang lebih rapat dengan Filipina dan Indonesia(Kalimantan), dan oleh sebab lokasi kepulauannya, kawsan ini membenyuk satu subentiti dunia Melayu. jenis dan taburan alat-alat muzik membuktikan jalinan interaksi dan pertukaran di dalam kawasan ini.

Kategori Alat Muzik
Alat Idiofon
Alat Gong di dunia wujud dalam bentuk yang khusus iaitu satu yang mempunyai ‘busut’ ataupun ‘tombol’ dan Secara umumnya telah ditakrifkan sebagai ‘knobed gong type’ dan satu lagi ialah tanpa ‘busut’ taupun ‘tombol’ dan telah ditakrifkan secara umumnya sebagai ‘flat gong type’. Perkataan Gong yang digunakan Secara meluas di seluruh dunia sekarang ini berasal daripada perkataan Melayu/Indonesia. Ianya berasaskan kepada sistem ‘onomatopoeia’ iaitu satu sistem penamaan yang diilhamkan melalui peniruan bunyi yang diterbitkan oleh alat berkenaan. Sejarah kemunculan awal alat gong jenis berbusut di dunia adalah bermula di Asia Tenggara dan disifatkan sebagai alat ‘asli’ (indigenous) bagi masayarakat Melayu.

Gong berbusut yang diakui tertua pernah ditemui di Indonesia, bertarikh kira-kira 1000 SM. Keluarga gong di Malaysia Secara umumnya adalah terdiri daripada jenis-jenis yang berbusut ataupun yang ‘bertombol’. Ianya diperbuat daripada bahan-bahan asas seperti tembaga, timah dan besi dan terdapat dalam berbagai bentuk dan ukuran yang kelihatan berbeza-beza di antara satu sama lain termasuk juga ‘pic’, dan ‘timbre’. Begitu juga dengan nama dan peranannya dalam setiap kumpulan ataupun esemble yang didukunginya, adalah mengikut ‘genre’ muzik serta disiplinnya. Namun perbezaan itu dapat menyumbangkan kepada suatu peningkatan terhadap kesedaran dan nilai estetiknya.


Alat Membranofon
Sejarah Ringkas-alat Gendang
Alat-alat gendang juga penting sebagai bahan genderang dalam pembinaan sesebuak struktur dan fizikal lagu dalam muzik tradisional di Malaysia. Mengikut Curt Sachs, gendang bermula dari zaman Neolitik iaitu Zaman Batu Muda. Manusia dalam zaman Neolitik ini tidak lagi mengembara. Mereka bukan sahaja telah pandai berternak dan bercucuk tanam, malah telah berkumpul dan membentuk masayarakat yang mempunyai peraturan dan hidup pembahagian kerja dalam ikatan yang kolektif. Ini memungkinkan mereka membuat bermacam kerja, kerajinan tangan, membuat periuk belanga, bertukang dan sebagainya. Semuanya ini menjadi asas kepada kehidupan manusia. Kebudayaan Neolitik meliputi seluruh Nusantara dan menjadi asas kepada Kebudayaan Nusantara sekarang.

Jenis-jenis Gendang yang mempunyai satu muka seperti ’Kompang’ dan ’Rebana’ diakui telah mendahului gendang-gendangyang mempunyai dua muka (compund hole) sepertimana yang terdapat dalam esemble Paluan silat, Nobat Di Raja, Mak yong, Gendang Keling, Wayang Kulit, Terinai dan sebagainya. Begitu juga dengan gendang dua muka yang terdapat dalam permainan Gamelan juga merupakan satu ekstensi dari kejadian terdahulu. Contoh alat- RebanaRebana jenis gendang satu muka yang berbentuk seprti pasu (potted type). Ianya sering digunakan dalam esemble muzik sinkretik yang berkembang di kalangan masyarakat Melayu bandaran seperti Dondang Sayang, Joget, Inang, Masri, zapin, Cinta Sayang dan Ayam Didik. Dalam konteks persembahan, Rebana akan diletak di atas riba pemain dan dipalu dengan tangan. Ianya dapat menghasilkan pic suara asas seperti menmonik ’dung’ yang dipalu pada bahagian tengah permukaannya dan menmonik ’tak’ dari bahagian tepi alat berkenaan. Peranannya dalam esemble adalah sebagai penyokong irama dengan pola-pola paluan yang dapat dikategorikan sebagai irama asas (basic) penambahan (additive) dan menyilang iaitu cross rythm.

Bahan ekustik seperti kayu, kulit kambing, rotan dan buluh digunakan untuk membuatnya. Baluh ataupun temalang bagi alat Rebana lazimnya diperbuat daripada kau nangka. Ianya diakui mempengaruhi peningkatan mutu suara sesbuah alat itu. Dalam esemble sinkretik terdapat dua jenis Rebana yang sering digunakan iaitu

(i) Jenis Rebana yang memerlukan rotan sedak untuk menegangkan kulitnya sebagai prinsip utama dalam proses penalaan bunyi sebelum persembahan.
(ii) Jenis Rebana yang memerlukan rotan sedak dan kayu pasak iaitu ’tuning block’ untuk menegangkan kulitnya sebagai prinsip utama dalam proses penalaan bunyi sebelum persembahan. Dengan demikian suara yang ideal yang diekehendaki dapat dihasilkan. Setelah selesai persembahan, rotan sedak berkenaan dikeluarkan untuk menstabilkan kedudukan kulit Rebana berkenaan dalam keadaan yang asal (loosen).


Alat Kordofon
Sejarah ringkas-alat-alat bertali yang digesekIdea terawal menggunkan kaedah bagi alat-alat tali di dunia dikatakan bermula dari kalangan masyarakat orang-orang nomad yang telah mendiami di kawasan lapang di Utara Kirghiz, Kazakh dan Mongolia. Mereka juga dipercayai telah turut memperkenalkan alat-alat ’lutes’ yang digesek ke kawasan benua India dan sekaligus turut mengubah bentuk-bentuk alat tali dari jenis yang berleher pendek sepertimana yang ada sekarang ini. Alat-alat seperti ’Sarang’, ’Sarinda’, ’Sarod’, dan juga ’ Sarangi’ yang berkembang di India, pakistan, Kashmir dan Afghanistan adalah terhasil daripada pengaruh pemikiran mereka dan kelihatan begitu berbeza sekali berbanding dengan bentuk-bentuk alat gesek yang terdapat di kawasan Barat Daya dan Timur Tengah. Kini alat yang digesek dan diakui tertua masih dapat dikesan di Mongolia. Ianya dikenali sebagai ‘Morin Khuur’.

Contoh alat-Kecapi BuluhKecapi buluh juga dikenali sebagai ‘Gendang Kecapi’. Ianya dicipta daripada tabung-tabung buluh yang terpilih dan tali-talinya juga diambil ataupun dikupek daripada sebahagian kulitnya dan tanpa diputuskan hujungnya. Ianya mempunyai enam tali yang diregang dengan disokong oleh kayu penungkat (bridge). Dalam konteks persembahan, tali-talinya dipetik untuk memainkan mode rithme sebagai suara menmonik, gantian kepada gendang secara meningkah dengan suara yang terhasil daripada tepukan pada sebelah permukaan yang terbiar itu.

Pada sisi tabung berkenaan, dua lubang berbentuk emapat persegi ditebuk untuk menghasilkan suara gong ibu dan anak melalui kaedah petikan tali. Kemban rotan juga dipasang pada kedua-dua bahagian penghujung badan Kecapi untuk menentukan jarak getaran bagi tali-tali tersebut apabila proses penalaan dilakukan.

Alat Kecapi sering dimainkan sebagai alat ‘solo’ untuk muzik hiburan bagi mengisi masa lapang dan juga untuk memecah kesunyian sambil menunggu haiwan ternakan mereka meragut rumput. Alat Aerofon Alat ‘tiup’ jenis serunai, dikatakan berasal dari negara Timur Tengah iaitu parsi. Namun, perkembangan awal di Tenggara Asia, adalah dipercayai bermula daripada pengaruh budaya Hindu, iaitu sebelum kedatangan agama Islam di rantau ini. Di mana pendeta-pendeta mereka dkatakan telah membawa bersama-sama peralatan muzik, untuk menjalankan kegiatan dakwah agama mereka iaitu agama Hindu. Walaubagaimanapun perkataan ‘serunai’ adalah diasaskan dari perkataan Parsi iaitu ‘Nay’ yang bermaksud ‘tiup’
Di negara kita terdapat pelbagai jenis serunai yang digunakan dalam esemble untuk mengiringi teater Wayang kulit, Menora, Silat, tarian istana dan rakyat serta Nobat di Raja. Serunai yang terdapat di Malaysia adalah dicipta oleh tokoh-tokoh tempatan yang benar-benar mahir dalam bidang berkenaan. Mereka menggunakan cara tradisional untuk mencipta alat tersebut melalui keupayaan intuitif serta kepandaian yang sedia ada terhimpun dalam diri mereka.

Contoh alat –Kecopong Berbentuk seperti ‘loceng’ iaitu membesar ke bawah. Lazimnya jenis kecopong yang mempunyai tebukkan dalam yang luas digunakan untuk memainkan kategori ’lagu semasa’ yang sesuai dalam aspek persembahan Wayang Kulit tertentu di Kelantan. Bagi Kecopong yang mempunyai tebukan dalaman yang sempit dikatakan mampu menghasilkan suara yang tua dan ideal serta sesuai untuk digunakan bagi memainkan lagu-lagu yang bersifat tradisional. Peranan Kecopong adalah sebagai alat ’megaphonic’ iaitu untuk meningkatkan ataupun membesarkan suara sesebuah serunai. Ianya dibuat daripada kayu-kayu yang ringan dan sesuai seperti ’angsana’ dan diukir dengan motif-motif alam dan diwarnakan sebagai keunggulan estetikanya.

[Pengaruh Barat Dalam Muzik Tradisional Malaysia]

Posted by smp2252asma Labels:


Pengaruh penting ke atas muzik di rantau ini, terutamanya Malaysia ialah dari Barat yang memperkenalkan budaya mereka termasuk tarian dan muzik. Orang portugis membawa masuk biola dan gitar sementara orang British mempopularkan alat-alat muzik barat yang lain seperti piano, trompet, seksafon dan sebagainya.







BIOLA



Violin biasa di sebut biola. Sebenarnya biola lebih besar sedikit daripada violin. Biola tidak sesuai bagi permainan muzik ghazal tetapi violin lebih sesuai. Alat ini berasal dari Barat, Jepun dan Negeri China. Alat ini di gantikan dengan alat muzik sharinggi India. Menurut catatan kuno bangsa Aria di India, pada 5.000 tahun yang lampau, raja Ravana dari negara Sri Langka telah mencipta alat muzik yang menggunakan senar-busur, yakni Ravanastron. Kemudian Ravanastron menyebar ke Afghanistan dan Persia, pada awal abad ke 1. Semasa zaman kerajaan Tokharistan di Afghanistan, bentuk instrumen muzik itu berubah menjadi bentuk Pipa (alat muzik petik dari Tiongkok), papan atasnya datar, di bahagian bawahnya berasal dari kayu utuh yang dipahat cekung, agak halus, nada dan resonansinya agak besar. Pada abad ke 7 menyebar ke wilayah Arab dan sewaktu zaman keemasan Islam namanya diubah menjadi Rebab. Sekitar abad ke 8, seiring dengan perluasan pengaruh Islam, Rebab masuk ke Sepanyol, ketika itu Sepanyol dibawah kekuasaan dinasti Aragon. Orang Sepanyol menyebut instrumen tersebut sebagai Rebec atau Rebeca. Dalam masa yang sama juga ia memasuki Roma, Yunani, Eropa Timur dan Italia. Pada abad pertengahan di Eropah, wilayah tempat berkembangnya alat muzik gesek ini ialah di Italia, Jerman dan Perancis, meskipun asal usul alat muzik gesek bukan di Eropah, tetapi telah dibesarkan dan berjaya di Eropah. Alat muzik gesek yang mula-mula masuk ke Eropah terdiri dari dua jenis yakni Pegangan vertikal dan Pegangan di atas lengan. Di sebabkan perubahan dan interaksi budaya, Biola moden paling awal muncul pada abad ke 16 (sekitar tahun 1520) di Itali Utara. Abad 16 adalah waktu gemilang yakni dari zaman Renaissance. Dengan latar belakang Renaissance, akhirnya Biola mengarah ke bentuk moden sekarang ini, pembuatannya halus, proses/teknologi pembuatannya sesuai dengan teknologi dan prinsip estetika. Amati, Stradivari dan Guarneri merupakan pembuat biola yang paling terkenal. Pelbagai usaha yang dilakukan bagi mengembangkan alat muzik ini. Sehingga kini biola buatan mereka masih saja menjadi barang rebutan pengumpul barangan muzik, hal ini masih kerana hasil ciptaan mereka telah diiktiraf sebagai biola terbaik di dunia. Ramai pembuat biola zaman moden yang cuba untuk mengembangkan dengan membuat beberapa penambahbaikan, namun masih tidak berjaya menandingi keupayaan dan kualiti buatan generasi terdahulu. Ketika pertengahan abad ke-17, para pemuzik mula memberi pemerhatian khusus kepada suatu bentuk musik untuk pertunjukan tertentu, seperti muzik biola atau muzik akustik, maka secara perlahan biola menggantikan peranan Viol. Pemuzik Itali, Monteverdi secara rasmi memasukkan biola ke dalam pertunjukannya, dan telah mencipta banyak teknik bermain biola, menghasilkan lebih banyak lagi nada dan suara biola. Teknik biola pada awal abad ke 19 juga telah sampai ke puncaknya oleh pakar biola Itali, Paganini. Sebelum menyebar ke Tiongkok, Ravanastron yang disebut-sebut seawal penulisan ini telah masuk ke India di daerah Jia Kum. Akhirnya pada abad ke 13 baru masuk ke Tiongkok, ketika zaman dinasti Song. Selepas 400 tahun, biola moden baru masuk secara serentak dengan kemasukan pedagang pada zaman dinasti Qing masuk ke Tiongkok.






Gitar:Gambar:Kissar, instrumen seperti lyra yang masih digunakan di beberapa tempat di Afrika Utara hingga sekarang.



Model instrumen yang dipetik sebelum zaman Renesans (1450-1600) sangatlah beragam. Wajar sekiranya kita keliru dengan nama-nama yang berlainan untuk sebuah instrumen yang sama, atau sebaliknya, keaneka-ragaman instrumen yang berasal dari instrumen yang sama.Keadaan ini disebabkan terbatasnya jaringan komunikasi pada ketika itu. Sebagai analoginya dapat kita lihat pada kisah Apollo dan Hermes. Diceritakan bahawa Hermes telah mengambil sapi-sapi milik Apollo. Dalam perjalanan pulang Hermes melihat seekor penyu. Iapun menangkap dan mengulitinya serta mengambil tempurungnya. Pada tempurung itu diberi lubang dan dicacapkan sepotong kayu. Pada bahagian rongga ditutupinya dengan kulit sapi. kemudian, dia pun mengikat usus sapi dari ujung potongan kayu ke ujung tempurung. Hermes pun memainkan instrumen ciptaannya itu sambil bernyanyi. Syair nyanyiannya itu memuji kebaikan, kepintaran dan kemurahan hati Apollo. Apollo yang mengetahui pekara tersebut menuntut Hermes untuk mengakui perbuatannya serta menuntut agar mengembalikan sapi-sapinya yang telah dikorbankan oleh Hermes. Selepas Hemes membuat seperti mana yang dituntut oleh Appolo, lalu Appolo pun memaafkan Hemes. Mereka segera membuat perjanjian. Dalam perjanjian tersebut, Hermes boleh memiliki sapi-sapi itu dan alat muzik buatan Hermes itu akan menjadi milik Apollo. Mungkin cerita ini hanyalah simbol dari alih budaya Creto-Helladis ke Indo-Eropa Yunani seperti penjelasan Graves. Terlalu sukar untuk kita melihat kisah ini sebagai asal usul instrumen lyra yang sebenarnya. Namun begitu kita tahu bahawa terdapat instrumen lyra pada bangsa Yunani kuno.





Ada yang menyebutnya Lyra, ada juga yang menyebutnya Khitara



Ada juga pendapat yang mengatakan idea awal instrumen gitar berasal dari bunyi tali pada busur panah. Kemudian diberi kotak suara atau resonator supaya suaranya lebih keras/jelas, selain tali (senar) yang ditambahkan. Alasan ini dapat difahami dengan melihat bentuk-bentuk instrumen berdawai kuno di bawah ini.




Instrumen tertua yang bentuknya menyerupai gitar terdapat pada objek arkeologi di Alaya Huyuk yang berasal dari tahun 1400 SM. Pada relief tersebut dapat dilihat seorang musisi Hittite sedang memainkan alat musik yang lebih mirip instrumen gitar daripada instrumen tanbur. Nama sebenarnya tidak dapat diketahui sebab itu sekarang ia hanya dikenali dengan nama gitar hittite saja.

Sedang tanbur merupakan instrumen petik yang pada awalnya berkembang di Persia sekitar tahun 1400 SM. Instrumen ini memiliki badan seperti mangkuk dan papan suara yang terbuat dari kulit. Sebutan-sebutan lain untuk instrumen ini berdasarkan jumlah dawainya. Disebut setar jika berdawai tiga dan disebut chartar jika berdawai empat ('se' berarti tiga, 'char' berarti empat dan 'tar' berarti dawai).

Tanbur
Tanbur juga berkembang di Yunani sekitar tahun 300 SM. Sekitar tahun 300M bangsa Romawi mengembangkan tanbur model mereka sendiri dengan idea tanbur Yunani. Menurut Maurice J.Summerfield tanbur Yunani mahupun Romawi merupakan instrumen yang berdawai empat (chartar). Tanbur Yunani dan Romawi ini dianggap sebagai kesinambungan dari tanbur Persia dan “gitar Hittite”. Seperti telah disentuh di atas, kata gitar dengan tanda kutip digunakan kerana nama sebenarnya dari instrumen itu tidaklah diketahui.Tidak ada informasi nama pada relief di Alaya Huyuk.

Jadi perkembangannya adalah seperti berikut:
Gitar Hittite ---> Tanbur Persia ---> Tanbur Yunani ---> Tanbur Romawi

Tanbur Romawi ini seterusnya berkembang menjadi guitarra morisca dan guitarra latina. Ilustrasi dari instrumen-instrumen ini dapat dilihat pada dokumen Cantigas dari Alphonso yang Arif, tahun 1270. Cantigas ini merupakan nyanyian puji-pujian bagi Perawan Suci serta mujizat-mujizatnya. Dari nama guitarra Morisca ini, kita sudah dapat menduga bahawa gitar ini berasal dari bangsa Moor. Bentuknya seperti almond (biji dari sejenis buah persik), sedang bahagian belakangnya seperti perahu terbalik. Papan jarinya lebar dan pada papan suaranya terdapat beberapa lubang suara.

Guitarra Morrisca Repro
Berlainan dengan guitarra morisca, guitarra latina mempunyai bentuk yang berkeluk kedalam. Bahagian belakangnya rata, serta umumnya hanya mempunyai sebuah lubang suara pada papan suaranya.Guitar LatinaSebelah kiri guitarra Latina dan yang di kanan guitarra Morrisca Dapat dilihat bahwa guitarra latina mempunyai bentuk yang lebih mirip dengan gitar modern. Walaupun diberi nama latina bukanlah bererti gitar ini berasal dari Rom, tetapi ia sebenarnya berasal dari laut Tengah.” Nama Latini diberikan kepada penduduk asli, ‘settlers’ asli dan kolonis di wilayah-wilayah yang telah diduduki oleh bangsa Barbar”. Guitarra latina digunakan untuk bermain iringan, sedang guitarra morisca untuk bermain melodi. Sebelum kita teruskan dengan instrumen yang lain, terlebih dahulu mengenali tentang asal-usul kata gitar. Mungkin kata gitar ini berasal dari kata Ketharah atau Cetharah, alat muzik dari bangsa Asyiria. Atau mungkin juga dari kata setar, sitar, cithara yang dapat diertikan sebagai instrumen berdawai tiga. Selain itu ada juga yang berpendapat bahwa gitar berasal dari kata chartar, instrumen yang berdawai empat. Salah satu hal yang menguatkan pendapat ini ialah kesamaan jumlah dawai antara chartar dengan guitarra morisca mahupun latina. Guitarra morisca mempunyai empat dawai berganda sedang guitarra latina mempunyai empat dawai tunggal. Kita juga harus berhati-hati untuk istilah-istilah seperti guitarra, guiterne, gitern dan sebagainya dalam konteks sebelum zaman Renesans. Istilah ini seringkali digunakan untuk instrumen yang pada zaman Renesans disebut mandora. Mandora merupakan instrumen lute yang ukurannya sangat kecil. Dengan kata lain, sebuah instrumen yang seperti gitar sering disebut viola, atau dalam bahasa Sepanyol disebut Vihuela. Viola ini juga mempunyai arti yang umum, yaitu semua instrumen berdawai baik yang dimainkan dengan alat penggesek, dengan plectrum, maupun dipetik dengan jari .

Vihuela
Akhirnya pada abad ke 16 kata guitarra sudah meluas digunakan sebagai nama instrumen yang berdawai empat berganda di Eropah. Sudah tentu terdapat perbezaan-perbezaan kecil seperti guitarra di Sepanyol, guiterne atau guiterre di Perancis, gittern di Inggeris, chitarrino atau chitarra di Itali dan quinterna atau gitarre di Jerman. Seperti yang telah disentuh di atas, nama yang digunakan di Portugis cukup berbeza yaitu Violao.

Gitar zaman Renesans yang memiliki 4 dawai berganda Instrumen petik lainnya yang mempunyai peranan penting dalam perkembangan gitar ialah lute. Kita ingat bahawa pada tahun 711 bangsa Arab datang ke Sepanyol untuk penyebaran agama Islam. Pengaruh bangsa Arab pada budaya sepanyol umumnya, muzik khususnya tidak dapat dikatakan kecil. Sekarang pun pengaruh Arab masih sangat terasa pada muzik flamenco. Bangsa Arab membawa alat musik yang mereka namakan al’ud, alat dari kayu. Ada kemungkinan penamaan ini merupakan usaha untuk membezakan al’ud dengan instrumen lainnya yang mempunyai papan bunyi dari kulit, seperti keluarga tanbur, ataupun badan yang diperbuat dari labu air.

Al'ud
Ada kemungkinan bangsa Arab bukanlah penemu instrumen ini. Mungkin saja lute ini berasal dari tempat yang sama dengan “gitar hittite”. Pada salah satu relief itu juga menggambarkan seorang pemain lute bersama-sama dengan sekelompok pemain sulap, termasuk seorang pemain ular, dua akrobatis dan ada seorang lagi dengan monyetnya. Namun begitu instrumen yang dipegang musisi itu lebih mirip dengan bentuk jam pasir selain mempunyai tujuh buah fret. Hal yang lebih pasti bahawa di Mesir pada zaman Hyksos terdapat instrumen yang sangat mirip dengan lute. Instrumen yang dikenal dengan sebutan nefer ini memegang peranan penting dalam kehidupan muzik di sepanjang sungai Nil itu. Dengan penemuan beberapa contoh asli di perkuburan mesir, maka sekarang kita dapat mengetahui pembinaan instrumen ini dengan lebih pasti. Bangsa Yunani mengenal instrumen seperti lute dengan sebutan pandoura atau pandouros. Kemungkinan kata pandoura ini berasal dari kata pan-tur (gesek-kecil). Instrumen yang diimport dari Asia Barat ini akhirnya mengalami pergeseran-pergeseran nama mahupun kewujudannya. Dari pan-tur menjadi pandoura, pandouros, pandore, mandore, mandora, mandola, vandola dan sebagainya. Sekarang kita masih dapat melihat “keturunannya” yang disebut mandolin mahupun bandurria di Sepanyol.


Berdasarkab huraian di atas dapat disimpulkan bahawa instrumen lute tidak hanya dimilki oleh bangsa Arab saja. Bangsa Arab tidaklah kecil dalam memperkenalkan instrumen lute yang pada akhirnya tersebar di seluruh Eroph. Seperti nama gitar, nama lute juga mengalami perubahan-perubahan kecil seperti laud di Sepanyol, laute di Jerman, Liuto di Itali Lute di Inggeris, luth di Perancis dan alaude di Portugis. Nama asal piano sebenarnya adalah pianoforte, yang berasal dari bahasa Itali. Piano dibuat oleh Bartolomeo Cristofori pada tahun 1720-an. Piano merupakan salah satu instrumen Keyboard (menggunakan papan tekan).Nama Piano berasal dari bahasa Itali, Piano E Forte yang bererti lembut dan keras.Alat musik ini pertama kali dibuat oleh Bartololemo Cristofori pada 1709 dengan nama “gravicembalo col pian e forte” dalam bahasa Itali (“harpsichord with soft and loud”). Prinsip kerja alat muzik ini diambil dari prinsip kerja bilah kunci harpsichord and clavichord dikombinasikan dengan pemukul dan string dari alat muzik “dulcimer”. Alat ini pertama kali diciptakan oleh Bartolomeo Cristofori, seorang pembuat. Dia terkenal sebagai perintis pembuatan piano. Dua dari ciptaannya yang terkenal masih tersimpan sampai sekarang, Pertama di Metropolitan Museum of Art, New York 1720. Dan yang kedua buatan tahun 1726 tersimpan di muzium Leipzig, Germany. Piano ciptaan Bartolomeo Cristofori ini pada tahun 1725 mula disempurnakan oleh pembuat piano dari Freiberg Jerman. Perkembangan inovasi pembuatan Piano yang paling significant dilakukan oleh orang Jerman lainnya iaitu Johan Andreas Stein dari Ausburg. Yang akhirnya menjadi fondasi dari Piano “Viennese”, Yang sering digunakan oleh MOZART dan komposer-komposer Jerman untuk menciptakan lagu-lagu klasik pada akhir abad 18 dam awal abad ke 19. Beberapa pembuat Piano dari Jerman bermigrasi ke LONDON pada sekitar tahun 1760. Dan mereka mula membentuk Sekolah di Inggeris dibawah naungan John. Di Negara Eropah lainnya iaitu di Perancis, Pabrik pembuatan Piano dirintis oleh Sebastien Erard pada tahun 1790 an. Jerman, Austria dan Amerika Syarikat ketika ini sangat terkenal dengan pembuatan piano yang bermutu tinggi. Salah satunya adalah perusahaan pembuatan Piano dari Jerman yang didirikan oleh Karl Bechstein. Dan Perusahaan Amerika yang bernama Steinway and Chickering. Pada awal kemunculan piano, seperti juga alat muzik terdahulu, Harpsichord dibuat hanya empat (atau paling banyak ) lima oktaf saja. Tetapi dalam perkembangannya Piano boleh dibuat sampai menjangkau suara selebar tujuh oktaf, melalui penciptaan – penciptaan struktur tertentu. Bahkan Bösendorfer sanggup menciptakan suara bass yang diperbesar sehingga boleh mencapai lapan oktaf. Pada akhir abad 19 piano didominasi oleh penggubah dari Rusia, Anton Rubinstein, Pada awal abad 20. Pemain piano terkenal mula melakukan Tour terus menerus sampai ke Eropah Barat dan Amerika Syarikat. Keperluan mendapatkan hasil sesuai dengan keperluan di dunia barat. Barat berlumba lumba untuk mendapatkan tanah di seberang laut. Negeri negeri Selat yang menentukan jatuh dan bangun negeri Melayu yang lain merupakan permulaan British bertapak di Negeri negeri Melayu. Pada ketika itu Singapura dijadikan sebagai perlabuhan bebas yang Bertaraf Dunia. Bermulanya proses pendagang, pemodal, pengusaha melabur (Markatalisme). Saudagar saudagar negeri selat yang ada modal berjaya mendapat konsesi di negeri negeri Melayu dan membuka ladang sendiri. Negeri Selat telah berkembang dengan pesat kerana perdagangan begitu maju. Ramai saudagar negeri Selat telah menjadi kaya. Dengan kekayaan itu mereka ingin melabur lagi dan negeri negeri Melayu dianggap sangat sesuai dibangunkan. Saudagar British terutamanya menjadi semakin berpengaruh. Sebilangan besar datang ke negeri negeri Selat terutamanya ke Singapura pada tahun 1820 -an dan 1830- an. Selepas tahun 1786 Pulau Pinang diambil menyaksikan kemasukan orang Cina semakin ramai . Proses ini menjadi lebih pesat apabila Singapura dibuka pada tahun 1819 iaitu Singapura sebagai Pusat Imigrasi. Pertanian juga menjadi mata pencarian penting bagi penduduk awal di Pulau Pinang dan Singapura. Pada tahun 1820-an. Di Singapura telah diusahakan tanaman gambir dan lada hitam. Selepas 1826 wujud golongan pendagang dan profesional dalam bidang ketenteraan, perkhidmatan dan bidang lain. Wujudnya proses pembandaran. Sekitar tahun 1826-1874- Singapura mencapai tahap sebagai pusat pertahanan dan perdagangan. Tahun 1830-an- Di Pulau Pinang telah dimulakan usaha usaha membuka ladang tebu di Seberang Perai. Diusahakan oleh golongan Cina. Semakin banyak lombong dibuka di negeri negeri Melayu Barat. Mula mula oleh Pembesar Melayu yang mengupah pekerja Cina. 1840-an- Keadaan berubah menyebabkan saudagar saudagar negeri Selat yang mempunyai modal berjaya mendapat konsesi di negeri negeri Melayu dan membuka lombong sendiri. Britian sebagai kuasa perdagangan dan tentera No 2 di dunia pada masa ini. ketika kemasukan British ke Tanah Melayu, mereka juga telah membawa budaya mereka masing-masing. Bermula dengan muzik yang digunakan bagi tujuan hiburan, sedikit demi sedikit muzik tersebut menyerap masuk di kalangan masyarakat melayu. Kesannya dapat kita lihat hingga ke hari ini. Sejarah Perkembangan Pendidikan Muzik Malaysia. Sejarah pendidikan formal di Malaysia telah menunjukkan bahawa pihak British telah menubuhkan Penang Free School pada tahun 1816. Penubuhan sekolah ini ternyata telah menjadi perintis kepada penubuhan sekolah-sekolah Inggeris yang lain terutamanya di Kuala Lumpur, Ipoh dan Melaka. Dengan penubuhan sekolah-sekolah tersebut maka secara tak langsung bermulanya pembelajaran muzik di negara kita. Pada masa ini pembelajaran muzik di sekolah-sekolah ini hanya merupakan aktiviti kokurikular dan jarang sekali diadakan dalam aktiviti formal. Apa yang nyata kemasukan kuasa penjajah ini merupakan titik tolak kepada bermulanya pendidikan Muzik di sekolah-sekolah. Kedatangan Jepun dilihat sebagai suatu fenomena yang kurang memberi kesan yang ketara terutamanya terhadap terhadap sistem pendidikan di Malaysia. Jika dihitung secara logik jelas bahawa pertapakan kuasa British yang lebih lama di Tanah Melayu lebih banyak memberi impak terutamanya terhadap perkembangan pendidikan muzik di Malaysia dan penulisan pada kali ini akan mengupas tentang perkembangan pendidikan muzik di Malaysia bermula pada zaman penjajahan British sehinggalah pada masa kini.

Pendidikan Muzik Semasa Zaman Penjajahan Jelas bahawa sistem pendidikan muzik seperti yang wujud pada masa kini mempunyai banyak ciri yang telah diwarisi daripada sistem pendidikan yang telah diwujudkan pada zaman British. Hakikat ini tidak dapat disangkal kerana pihak British telah berusaha dengan sengaja untuk memberikan satu gambaran kepada rakyat Malaya tentang keunggulan dan kehebatan idea-idea British dalam semua aspek kehidupan rakyat kita seperti pendidikan, undang-undang, perubatan, pentadbiran am dan politik. Bermula pada tahun 1816 maka Penang Free School dibuka dan daripada detik inilah diikuti dengan pembukaan beberapa buah sekolah Inggeris lain di Perak, Melaka, Kuala Lumpur, dan di beberapa lokasi lain. Sejajar dengan pembukaan sekolah tersebut telah “membawa bersama” pembelajaran muzik seperti koir dan pancaragam sebagai antara aktiviti kokurikular pada masa tersebut. Selain itu juga, nyanyian lagu puisi berirama kanak-kanak turut diadakan setiap kali semasa pembelajaran matapelajaran Bahasa Inggeris. Pada masa ini, pihak yang berkuasa telah menentukan bahawa setiap sekolah Inggeris mempunyai sekurang-kurangnya seorang guru yang mahir bermain piano atau mempunyai latar belakang formal dalam sistem muzik barat. Selain itu, nyanyian lagu kanak-kanak, seriosa atau rakyat dari Barat juga turut diadakan semasa pembelajaran Bahasa Inggeris supaya amalan sebegini akan mengukuhkan lagi pembelajaran Bahasa Inggeris. Jelas bahawa pembelajaran muzik pada peringkat ini hanya tertumpu kepada sekolah-sekolah vernakular beraliran Inggeris. Manakala sekolah vernakular, Melayu, Cina dan India begitu ketinggalan dalam aspek ini. Semasa zaman pentadbiran tentera Jepun, pengajaran muzik telah diadakan di sekolah-sekolah Malaya tetapi pada masa ini para pelajar dikehendaki menyanyikan lagu-lagu patriotik seperti lagu “Komigayu” dan rakyat daripada negara Jepun. Pada masa pentadbiran tentera Jepun, sukatan mata pelajaran juga berdasarkan Dasar Pelajaran Jepun. Namun pemerintahan Jepun itu sendiri tidak meninggalkan sebarang kesan yang jelas dalam sistem muzik Malaysia yang wujud pada masa sekarang. Ini kerana selepas Jepun berundur dari Tanah Melayu selepas Perang Dunia Ke II sistem pendidikan yang pernah wujud sebelum perang itu diamalkan semula apabila pihak British kembali memerintah Malaya. Pada masa ini kita dapat melihat bagaimana para pelajar dikehendaki menyanyikan lagu-lagu rasmi negeri berkenaan dan lagu kebangsaaan Britian iaitu God Save The Queen dalam upacara perhimpunan sekolah terutamanya di sekolah-sekolah Inggeris. Perkembangan pendidikan muzik di Malaysia begitu ketara terutama sekali selepas zaman penjajahan berakhir. Pada tahun 1950-an, pelajaran muzik dalam bentuk siaran ke sekolah-sekolah telah dimulakan oleh Radio Malaya tetapi hanya di sekolah-sekolah di bandar yang berupaya mengadakan kemudahan radio dapat mengikuti siaran ini. Pada masa ini, para pelajar dari kelas-kelas tertentu dikehendaki menuju ke dewan sekolah bagi mengikuti siaran tersebut. Juga, pada masa tersebut para pelajar sudah mula bermain alat-alat genderang sebagai aktiviti sampingan untuk nyanyian di beberapa buah sekolah Inggeris yang tertentu. Selain itu, aktiviti meniup rekoder juga telah diadakan di beberapa buah sekolah, khasnya di kawasan bandar-bandar utama. Beberapa buah sekolah Inggeris telah mula menubuhkan pancaragam kawat atau brasben. Kebanyakkan pancaragam ini telah dilatih oleh ahli atau bekas ahli pancaragam tentera. Amalan ini wujud kerana guru-guru muzik yang terlatih daripada maktab-maktab perguruan di Malaysia masih belum menerima latihan dalam aspek mengendalikan aktiviti pancaragam kawat. Kumpulan-kumpulan koir, rekorder dan pancaragam kawat sentiasa dikehendaki membuat persembahan dalam majlis-majlis tertentu dalam takwim sekolah seperti Hari Ucapan, Hari Sukan dan apabila sekolah dilawati oleh orang kenamaan. Namun perkembangan sebegini begitu jarang dinikmati oleh golongan pelajar di sekolah-sekolah luar bandar. Dengan kewujudan kumpulan-kumpulan muzik seperti ini telah dapat menaikkan imej dan nama sekolah yang berkenaan. Tradisi ini sudah diamalkan oleh sekolah-sekolah Inggeris daripada awal abad ke 20 lagi. Hampir kesemua sekolah berasrama penuh yang ditubuhkan kemudian seperti Maktab Tentera Diraja, Kolej Tunku Khursiah, Kolej Tun Fatimah, Kolej Melayu dan Sekolah Dato Abd Razak juga telah mengadakan semua aktiviti muzik tersebut.

Pendidikan Muzik Selepas Merdeka. Pada tahun 1960-an dan 1970-an, beberapa buah sekolah telah mengadakan pancaragam muzik yang berbentuk kugiran ( Kumpulan Gitar Rancak) dan angklung. Harus juga disebut di sini bahawa kebanyakkan daripada sekolah-sekolah Mubaligh Kristian seperti sekolah Anglo Chinese, Sekolah Convent dan sekolah Methodist sememangnya terkenal dengan satu tradisi yang unggul bagi koir masing-masing. Dalam perkembangan pendidikan muzik formal di Malaysia pada waktu ini sekolah-sekolah Melayu seolah-olah terpinggir sehinggalah pada tahun 1970-an apabila beberapa buah sekolah rendah telah mengadakan pendidikan muzik atas budi bicara guru-guru besar berkenaan dan jika seseorang guru muzik beredar ditugaskan mengajar di sekolah itu. Sebelum itu, muzik telah diadakan hanya secara sampingan atau kebetulan sahaja melalui nyanyian nasyid dalam pelajaran agama. Walaupun tilawah al-Quran jelas mempunyai unsur-unsur muzik, aktiviti ini tidak dianggap sebagai satu tingkah laku muzikal mengikut tradisi orang-orang yang beragama Islam sama ada di Malaysia atau di negara-negara Islam yang lain. Pada tahun 1972, muzik telah diadakan sebagai satu mata pelajaran pilihan dalam peperiksaan SRP. Maka, pendidikan muzik secara formal di Malaysia telah bermula pada tahun 1972. Walaupun perkembangan ini hanya melibatkan beberapa buah sekolah di bandar-bandar tertentu sahaja. Sukatan untuk pelajaran muzik SRP ini jelas mempunyai banyak pengaruh daripada sukatan pelajaran Associated Board of Royal Schools Of Music ( ABRSM ), London, terdapat juga sedikit muzik dari Malaysia yang dimuatkan dalam bahagian menghayati muzik. Muzik daripada budaya Malaysia yang dimaksudkan itu ialah “ Overtur Samudra” yang merupakan satu rangkaian lagu tradisi rakyat Malaysia yang digubah dalam bentuk muzik orkestra Barat. Muzik ini telah digubah oleh Gus Steyn, iaitu seorang pemuzik dan penggubah yang terkenal dalam bidang muzik pada tahun 1960-an dan 1970-an. Kemasukan muzik tempatan dalam kurikulum muzik formal SRP merupakan usaha pertama sekali dalam sejarah pendidikan muzik di Malaysia untuk menjadikan muzik sebagai keperluan penting dalam masyarakat. Selain itu, pada tahun 1959, sebuah Maktab Perguruan Ilmu Khas di Kuala Lumpur telah memulakan fungsinya melatih guru-guru dalam bidang-bidang khas dan maktab ini telah memulakan khusus dalam bidang pendidikan muzik pada tahun 1971. tempoh kursus dalam bidang pendidikan muzik ini ialah satu tahun sahaja. Guru-guru terlatih yang telah mengajar sekurang-kurangnya lima tahun dan mempunyai minat dan kemahiran tertentu dalam bidang muzik dianggap layak untuk mengikuti khursus ini. Manakala pada tahun 1991, jumlah ini pernah bertambah kepada 40 orang setiap tahun mengikut keperluan semasa. Kursus ini juga dimulakan di Martab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang pada tahun 1983. Di samping itu, sejarah pendidikan muzik formal terus berkembang apabila pada tahun 1980 apabila bidang gitar dimasukkan ke dalam kurikulum muzik di Martab Perguruan Ilmu Khas. Kemasukan bidang gitar dalam kurikulum formal di maktab merupakan satu tindakan yang amat wajar dan pragmatis yang telah dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan pada ketika itu. Selain itu, di Malaysia, pendidikan muzik tidak wujud langsung dalam kurikulum formal di mana-mana Universiti hingga sekarang iaitu mewajibkan setiap pelajar pada peringkat sarjana muda dengan tidak mengira jenis kursus atau disiplin yang dituntutnya mengikut mana-mana satu khusus seni halus termasuk muzik seperti hampir kesemua universiti dan kolej di Amerika Syarikat. Aktiviti-aktiviti muzik yang berkaitan dengan kugiran ( kumpulan gitar rancak) dan kumpulan muzik tradisional seperti asli dan ghazal dikelolakan oleh seorang pegawai kebudayaan. Manakala pada tahun 1984, pendidikan muzik telah disediakan diperingkat diploma di Institut Teknologi Mara ( ITM ) di Shah Alam. Di ITM dua program muzik yang boleh dipelajari ialah pendidikan muzik dan muzik gunaan. Akibat timbul kesedaran tentang kepentingan muzik, pihak ITM pada tahun 1991, merancang menyediakan satu pusat etnomusikologi untuk memperkembangkan muzik tradisional di Malaysia. Kurikulum muzik di ITM meliputi beraneka jenis muzik termasuk muzik seriosa Barat, jaz dan pop. Oleh itu, rasional dan pendekatan ITM untuk pendidikan muzik adalah kurang konservatif jika dibandingkan dengan yang wujud dalam program muzik di maktab-maktab perguruan selama ini. Selain itu, pendidikan muzik formal juga diajar oleh sektor swasta. Sistem ini adalah pengajaran bermain piano atau mana-mana alat muzik daripada budaya seriosa Barat seperti violin secara persendirian. Perkembangan ini sangat abik untuk pendidikan muzik terus berkembang dan kesedaran masyarakat tentang muzik semakin bertambah. Masyarakat mula sedar bahawa sistem pembelajaran sesuatu ilmu termasuk muzik secara berguru ini memang wujud dalam budaya tempatan di rantau ini dari zaman dahulu lagi. Pada zaman ini, banyak pemuzik dari India dan Filipina yang terlatih dalam sistem muzik Barat telah diimport oleh pihak British ke Malaya. Hal ini berlaku kerana ahli muzik tempatan pada ketika itu kurang mahir terutama dalam sistem notasi muzik Barat adalah kurang. Pemuzik-pemuzik yang diimport itu membolehkan pihak British menubuhkan pancaragam-pancaragam berkawat yang sangat diperlukan ketika itu untuk memeriahkan lagi beberapa upacara dan majlis rasmi. Sistem pendidikan muzik formal ABRSM telah mendatangkan beberapa pengaruh positif. Sistem ini telah membolehkan satu segmen atau golongan kecil dalam masyarakat Malaysia mengenali, memahami dan menghayati muzik seriosa dari budaya Barat. Selain itu, sistem pendidkan muzik ala ABRSM juga mempunyai kelemahan dari segi falsafah pendidikan muzik kerana memerlukan kos yang tinggi dan hanya mampu di penuhi oleh golongan elit sahaja. Sejak 20 tahun kebelakangan ini, beberapa peperiksaan yang luar daripada tradisi ABRSM tetapi bersijil juga telah dijayakan oleh beberapa sekolah muzik swasta khasnya untuk gitar dab organ. Tetapi hampir kesemua sekolah muzik ini merupakan institusi-institusi yang wujud secara berasingan dengan syarikat-syarikat muzik yang menjual alat-alat muzik seperti piano, gitar dan organ. Sistem pendidikan muzik swasta ini lebih peka segala perkembangan dan aliran semasa dalam arena pendidikan muzik pada peringkat antarabangsa. Oleh itu, sekolah-sekolah swasta telah memperlihatkan serta membuktikan satu sikap dan kesanggupan yang lebih progresif dan pragmatis terhadap bebepara strategi dan pendekatan semasa untuk mengajar muzik kepada pelajar. Selain itu, perkembangan pendidikan muzik juga berkembang melalui latihan luar negeri dalam bidang pendidikan muzik. Mulai tahun 1960-an lagi kerajaan telah mula menghantar beberapa orang guru terlatih yang mempunyai minat dan kelayakan formasi dalam muzik ke England untuk mengikuti kursus muzik peringkat diploma lanjutan di sana. Tetapi pada akhir tahun 1970-an, kerajaan telah memulakan satu aliran baharu dengan menghantar pendidik-pendidik muzik dalam perhidmatan kerajaan ke negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Indonesia untuk pengajian tinggi dalm bidang pendidikan muzik. Perkembangan baharu ini juga selaras dengan dasar kerajaan Malaysia, khasnya di bawah pimpinan YAB Dr. Mathathir Mohamad tentang keperluan untuk mempelbagaikan pendedahan yang diberikan kepada pelajar-pelajar Malaysia di seberang laut dalam hampir semua bidang. Ketika itu, pengajian di lauar negeri hampir sering dimaksudkan pengajian di United Kingdom dan oleh kerana itu juga hampir semua pendidik muzik utama di Malaysia hingga tahun 1980-an amat dipengaruhi oleh sistem pengajaran dan pembelajaran muzik ala ABRSM di England. Lantaran itu, banyak pendidik muzik dalam perhidmatan kerajaan yang berijazah dan yang tidak berijazah telah dianugerahi biasiswa dan dihantar ke Amerika Syarikat oleh kerajaan mulai dari akhir tahun 1970-an. Selepas itu, perubahan yang ketara dalam arena pendidkan muzik di Malaysia hanya berlaku pada tahun 1988 apabila sukatan pelajaran untuk pendidikan bagi kursus asas muzik di maktab-maktab perguruan dirombak semula. Pada bulan Disembar 1990. sukatan pelajaran bagi kursus Khas Muzik juga di selaraskan dengan sukatan pelajaran bagi kursus asas. Oleh itu, semua bidang baharu tersebut, iaitu pedagogi muzik, penghayatan muzik, muzik amali dan sejarah muzik diadakan bagi kali pertama bagi pelajar kursus khas pada tahun 1991. Kebanyakkan pendidik muzik dari Malaysia yang menuntut muzik di England pada tahun 1970-an telah mengikuti kajian dalam bidang persembahan muzik dalam tradisi seriosa Barat. Mereka telah mempelajari muzik di sekolah-sekolah muzik yang bertradisi konservatorio muzik ketika di England. Tetapi pendidik muzik yang dihantar ke Amerika Syarikat oleh kerajaan telah diwajibkan mengikuti kajian dalam bidang pendidikan muzik per se.

Kesimpulan.

Secara kesimpulannya, sejarah perkembangan muzik di Malaysia melalui pelbagai peringkat perkembangan yang akhirnya membawa kepda pengiktirafan dalam pendidikan formal di Malaysia. Pendidikan muzik mula ditawarkan di peringkat SRP dan seterusnya berkembang ke institut-institut perguruan dan di Universiti tempatan. Selain itu, pelajar-pelajar Malaysia juga di hantar ke England untuk mempelajari muzik di sana. Perkembangan ini dilihat secara positif terhadap perkembangan pendidikan muzik di Malaysia. Selain itu, kesedaran masyarakat terhadap kepentingan muzik dalam kehidupan dapat memberi peluang kepada pendidikan muzik ini supaya lebih berkembang. Minat masyarakat terhadap muzik terutama dalam kehidupan sangat penting untuk menghilangkan ketegangan dan di samping mendapatkan hiburan sampingan. Kesedaran tentang pentingnya mengekalkan tradisi muzik rakyat di Malaysia sudah mula dirasakan. Pihak-pihak tertentu juga sedang berusaha untuk memulakan program muzik tradisional sebagai aktiviti kokurikulum di beberpa buah sekolah yang terpilih di serata negeri di Malaysia. Golongan pendidik muzik pun mula berfikir semula secara mendalam lagi tentang pendekatan lama dan baharu untuk menyampaikan muzik dengan lebih berkesan dan bermakna. Dengan segala perkembangan yang telah berlaku dalam arena pendidikan muzik di Malaysia baru-baru ini, masa depan pendidikan muzik kelihatan lebih cerah sekarang jika dibandingkan dengan satu masa dahulu dan jika semua pihak berkerjasama dalam mengatasi masalah yang ada, maka kualiti pendidikan muzik di Malaysia boleh di pertingkatkan lagi ke satu tahap yang boleh dibanggakan di rantau ini.