I made this widget at MyFlashFetish.com.

[Pengaruh India,China dan Timur Tengah Dlm Muzik Tradisional]

Posted by smp2252asma Labels:


Harrison (1955) berpendapat bahawa perhubungan perdagangan di antara Asia Tenggara dengan negara-negara luar seperti India, China dan Eropah telah bermula sejak Zaman Gangsa lagi. Akan tetapi kajian terkemudian menunjukkan perdagangan ini telah dijalankan lebih awal iaitu sejak Zaman Neolitik. Perdagangan ini kemudian berkembang dengan berkembangnya sistem komunikasi. Perdagangan antarabangsa terutama dengan India dan China nampaknya telah bermula sejak abad pertama Masihi.

Pedagang India mula berlumba-lumba keluar mencari Pulau / Semenanjung / Bumi Emas ini apabila bekalan emas empayar Rom terhenti. Selain itu, perdagangan Cina juga telah membawa kepada kemajuan perdagangan kelautan Asia Tenggara apabila kekacauan di bahagian Asia Tengah telah menyebabkan pihak Cina (Dinasti Han 190-225 Masihi) terpaksa mencari jalan dagangan lain melalui jalan laut di selatan bagi menghubungkan China dengan Barat.

Proses kemasukan pengaruh ini dapat dilihat dalam proses pengindian Asia Tenggara. Pengindian disini membawa maksud unsure-unsur budaya India telah meresap masuk ke dalam budaya tempatan setelah berlakunya pertembungan antara dua budaya itu. Unsur-unsur ini dijalankan oleh dua pihak iaitu orang india dan Asia Tenggara. Ciri tamadun yang utama yang ditiru atau dibawa balik oleh mereka adalah dalam bidang-bidang kepercayaan, bahasa, huruf India, kesenian, pentadbiran dan kesusasteraan.

Pengaruh Hindu boleh dilihat semasa kerajaan Funan, Seriwijaya, Majapahit dan Kerajaan Melaka. Kerajaan-kerajaan ini meliputi Kepulauan Indonesia, Malaysia, Thailand, Filiphina dan sebahagian Indo-China di mana Kerajaan Hindu-Funan berpusat di Mekong dan jajahannya di Langkasuka dan Kedah. Seterusnya digantikan dengan kerajaan Seriwijaya di Palembang, Sumatera Selatan. Kerajaan Hindu Majapahit mengamil alih pemerintahan selama 1 kurun dan seterusnya Kerajaan Melaka yang berpusat di pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu. Pengaruh India di Kepulauan Melayu Lama iaitu Indonesia, Malaysia, Thailand, Filiphina dan sebahagian Indo-China dilihat sama kerana menjalankan perdagangan dan pertukaran kebudayaan di antara jajahannya dan telah menggalakkan kemunculan seni persembahan yang hampir sama di dalam kawasan budaya itu. Antara pengaruh Hindu yang dapat dilihat dalam konteks kepulauan Melayu lama adalah persembahan wayang kulit yang menceritakan tentang epic Ramayana dan Mahabrata yang memuja dewa Hindu dalam upacara membuka dan menutup panggung dan penggunaan alat-alat muzik seperti gendang dan serunai. Bagi alat-alat muzik, antara alat-alat muzik yang mendapat pengaruh daripada India adalah seperti ‘Tabla’ yang digunakan dalam permainan Ghazal dikatakan berasal dari India. Begitu juga ‘Gendang Melayu’ yang juga berasal dari India dan mempunyai persamaan bentuk seperti gendang ‘Mridanga’.

Bagi pengaruh China pula, selain faktor perdagangan, faktor tolakan dan tarikan wujud menyebabkan kebanyakan orang cina datang ke Tanah Melayu. Faktor bencana alam yang berlaku di negara China beserta dengan kemiskinan menyebabkan orang cina ini datang ke Tanah Melayu. Hal ini telah menyebabkan unsur-unsur budaya dari cina meresap masuk ke dalam budaya Melayu. Antara alat-alat muzik yang dipercayai berasal dari China adalah alat muzik gong. Seni persembahan dapat dilihat dalam persembahan tarian naga dan tarian singa.

Sementara itu, pengaruh Islam dapat dilihat semenjak kurun ke-13 lagi di mana pedagang Arab dan India telah berdagang dengan kerajaan Seriwijaya. Turut berlaku pada masa itu, Perlak dan Pasai di Sumatera Utara telah memeluk agama Islam. Hal ini yang menyebabkan agama Islam telah dibawa ke Melaka dan menjadi kukuh apabila Parameswara iaitu seorang Raja Melaka telah berkahwin dengan Puteri Sultan Pasai dan telah memeluk agam Islam. Nama Parameswara telah ditukarkan kepada Megat Iskandar Syah pada tahun 1414. Dengan titik permulaan Melaka sebagai kawasan permulaan bagi Islam di Kepulauan Melayu, agama Islam ini telah tersebar ke kawasan-kawasan yang lain di Semenanjung dan dalam jangka masa 50 tahun, Melaka telah dikenali sebagai pusat agama Islam di rantau tersebut. Islam sememangnya merupakan agama yang mempunyai sifat toleransi dan juga terdedah dengan seni persembahan Hindu di kepulauan Melayu ini, maka agama Islam telah menerima unsur-unsur ini. Semasa Islam bertapak di rantau ini, kegiatan keseniannya adaah berasaskan unsur Hindu-Animisme.Ini dapat dilihat dalam upacara jampi serapah yang dilakukan sebelum persembuhan dimulakan.Kedatangan Islam telah menyerapkan cerita dan lagenda Islam ke dalam repertoire persembahan. Unsur-unsur yang disifatkan bertentangan dengan nilai-nilai agama Islam telah mula terhakis dan segala ‘jampi serapah’ telah digantikan dengan doa-doa pendek. Islam juga telah menerapkan unsur-unsur Islam ke dalam persembahan. Ini dapat dilihat di dalam persembahan hadrah, rodat dan dikir rebana di mana kesemuanya menggunakan nyanyian berkumpulan yang diiringi dengan beberapa buah gendang rebana dan sebiji gong. Selain itu, kejayaan Islam juga adalah dengan memperkenalkan tarian zapin dan beberapa bentuk nyanyian keagamaan yang memuji Allah, Nabi dan para sahabatnya.

Bukan sahaja dapat dilihat dari seni persembahan, malah pengaruh muzik dari Timur Tengah ini dapat dilihat dari segi alat-alat muzik yang dimainkan pada masa kini. Pengaruh Timur Tengah telah banyak memberi kesan kepada pembentukan alat-alat Gendang di Malaysia. Alat-alat seperti ‘Nekara’, ‘Marua’, ‘Gedombak’, ‘Kompang’, ‘Rebana’ dan juga ‘Rodat’ adalah terhasil daripada perhubungan perdagangan dan penyebaran agama Islam di rantau ini sejak sekian lama dan memperkayakan lagi unsur-unsur serta nilau budaya masyarakat setempat. Alat-alat seperti ‘Gedombak’ yang terdapat dalam permainan Wayang Kulit di Kelantan mempunyai pertalian dengan alat ‘Dombak’ atau ‘Zarb’ yang terdapat di Iran dan ‘Darabuka’ di Iraq. Bagi ‘Kompang’, ianya merupakan alat terpenting bagi meraikan majlis keagamaan masyarakat Islam di Timur Tengah.

1 comments:

  1. Mieya Nina

    Terbaik

Post a Comment