I made this widget at MyFlashFetish.com.

[PENGENALAN]

Posted by smp2252asma Labels:

Dalam konteks perbincangan berkaitan sejarah muzik tradisional malaysia ini, perkara yang dilihat adalah berbentuk menyeluruh melalui elemen-elemen yang memberi pengaruh terhadap perkemabangan bagi kebanyakan muzik dan alat yang digunakan dalam permainan muzik tersebut. Perbicangan ini akan meliputi 3 aspek asas dari penghuraian sejarah iaitu (i) pengaruh dari China, Inda dan Timur Tengah (ii) Pengaruh Barat (iv) Pengaruh dari sudut Dunia Melayu lama seperti Thailand dan Indonesia. Ketiga-tiga asas pengaruh tersebut akan dilihat secara spesifik bagaimana kumpulan tersebut membawa masuk muzik serta alatan muzik sehingga melahirkan aset tersendiri terhadap alat-alat muzik di Malaysia. Kita melihat perkembangan dari tiga aspek adalah kerana terdapat banyak persamaan dari segi alat dan struktur muzik di Malaysia secara khususnya. Hal ini kerana wujudnya pelbagai interaksi dan faktor yang turut memberi kesan ke atas muzik tersebut. Penelitian ini akan memberi gambaran yang jelas terhadap interaksi kebudayaan yang mewujudkan personafikasi dan diversifikasi bentuk muzik di Malaysia.

Pergerakan Manusia Benua Asia ke Kepulauan Pasifik

Kepulauan Pasifik

Dalam aspek pergerakan manusia dan sosio-budaya, perkara asas yang dilihat adalah melalui olah gerakan manusia dari benua Asia ke kepulauan Pasifik. Perkara ini telah membawa masuk masyarakat yang digelar sebagai “Melayu-Proto” ke Semenanjung Malaysia dalam kurun 3000 SM. Kemudian diikuti oleh “Melayu-Deutro’ dalam kurun 300 SM yang kebiasaanya bergerak ke kawasan pergunungan dan hutan. Rasionalnya, orang Asia Tenggara umumnya dan Melayu serta orang Indonesia khasnya berasal daripada Melayu-Proto dan Melayu Deutro (Mohd Ghaues Nasurudin, hlm:1).


Masyarakat Melayu Proto


Penempatan Melayu Proto

Dalam aspek sosio-budaya pengaruh muzik didasari melalui penelitian budaya seperti kepercayaan dan agama golongan migran tersebut. Keturunan Melayu-Deutro dan Melayu Proto mencipta berbagai jenis permainan dan ritual unutk memberikan makna kepada kehidupan mereka. Mereka lebih percaya kepada unsur-unsur animisme, keseimbangan dan keharmonian diharapkan melalui pemujaan terhadap semangat alam. Permainan dan upacara tersebut sekaligus memberi pengaruh terhadap muzik dan alatan muzik sehingga dekad ini.

Sungai Mekong turut menjadi salah satu asas pergerakan manusia.

Terdapat beberapa objektif dalam perbincangan ini. (i) Pada penghujung perbincangan kita akan dapat mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah dan pengaruh dari elemen luar dalam membentuk muzik tradisional Melaysia (ii) Konteks kedua, kita akan dapat mengetahui seberapa banyak contoh alat-alat muzik yang diperkembangkan di Malaysia hasil dari pengaruh tersebut. (iii) Secara tidak langsung, kita akan dapat memahami nilai yang terkandung dalam alatan serta muzik tradisional berdasarkan penelitian sejarah.


2 comments:

  1. 海豚与大海

    apakah permainan tradisional proto melayu ?

  1. Anonymous

    akhirnya jumpa juga sejarah alat muzik.terima kasih. :)

Post a Comment