I made this widget at MyFlashFetish.com.

[Pengaruh Kepulauan Melayu Lama Muzik Tradisional Malaysia]

Posted by smp2252asma Labels:


Selain pengaruh Hindu dan Islam, Tanah Melayu juga dipengaruhi oleh Negara jirannya, iaiti Indonesia dan Negara Thai. Pendatang Indonesia, terutamanya orang Jawa, Minangkabau, Aceh, Bugis dan Sumatera yang hamper kesemuanya bertapak di selatan Semenanjung iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor, membawa bersama-sama mereka beberapa persembahan kesenian yang masih wujud ketika ini. Di antaranya ialah wayang kulit yang berbeza daripada yang terdapat di Kelantan dan Kedah, ketoprak (drama tari), sejenis persembahan teater lucu, tarian kuda kepang dan alat muzik angklung yang dibentuk daripada ruas dan kepingan buluh. Di samping itu orang Bugis membawa masuk ke Terengganu joget gamelan dari Kepulauan Riau dan rodat dari sumatera melalui Sambas di Borneo.

Selain pengaruh Indonesia di bahagian selatan, Tanah Melayu juga dipengaruhi oleh Negara Thai di bahagian utara. Selepas kejatuhan kerajaan Seriwijaya pada tahun 1403, Negara Thai menakluk keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan memaksa sultan-sultan Melayu menghantar bunga emas tiga tahun sekali sebagai tanda penaklukan. Pada masa kerajaan Melaka, pengaruh Thai terhad di utara Tanah Melayu. pada tahun 1821, kerajaan Thai menakluk negeri Kedah dan pada tahun yang berikut mereka menawan negeri Perak dan Selangor. Tetapi rancangan ini dihalang oleh pihak British yang menghantar beberapa buah kapal perang ke muara Sungai Tepeng.

Sepanjang kurun ke-19, Negara Thai telah mencuba untuk menetapkan kedaulatannya ke atas Kedah, Kelantan, Perak, Pahang dan Terengganu. Umpamanya, pada tahun 1842,Sultan Kedah dinaikkan semula ke takhta kerajaan negeri itu dengan syarat sultan meneruskan penghantaran bunga emas. Namun pada tahun 1860-an, Negara Thai terpaksa memansuhkan rancangan memperluaskan jajahannya untuk menakluk Terengganu dan Pahang kerana ternyata mereka tidak dapat menandingi kuasa militari British. Dengan Perjanjian Bangkok pada tahun 1909, Negara Thai telah memindahkan pemerintahan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada British.

Hampir lebih 500 tahun, negeri-negeri utara Semenanjung Tanah Melayu telah dipengaruhi oleh politik dan kebudayaan Negara Thai. Oleh itu, tidak hairanlah jika terdapat unsur-unsur Thai dalam bentuk persembahan seperti wayang kulit Siam di Kelantan dan wayang gedek di Kedah dan perils yang mempunyai patung dan alat-alat muzik yang hampir sama dengan persembahan seperti wayang nang talung Negara Thai. Contoh lain yang mengandungi unsure-unsur persembahan Thai ialah menorah yang mempersembahkan cerita Jataka dan lagenda tempatan dan makyung yang berasal dari kerajaan Melayu Patani di selatan Thai.

Sabah dan Sarawak sebaliknya menunjukkan pertalian kebudayaan yang lebih rapat dengan Filipina dan Indonesia(Kalimantan), dan oleh sebab lokasi kepulauannya, kawsan ini membenyuk satu subentiti dunia Melayu. jenis dan taburan alat-alat muzik membuktikan jalinan interaksi dan pertukaran di dalam kawasan ini.

Kategori Alat Muzik
Alat Idiofon
Alat Gong di dunia wujud dalam bentuk yang khusus iaitu satu yang mempunyai ‘busut’ ataupun ‘tombol’ dan Secara umumnya telah ditakrifkan sebagai ‘knobed gong type’ dan satu lagi ialah tanpa ‘busut’ taupun ‘tombol’ dan telah ditakrifkan secara umumnya sebagai ‘flat gong type’. Perkataan Gong yang digunakan Secara meluas di seluruh dunia sekarang ini berasal daripada perkataan Melayu/Indonesia. Ianya berasaskan kepada sistem ‘onomatopoeia’ iaitu satu sistem penamaan yang diilhamkan melalui peniruan bunyi yang diterbitkan oleh alat berkenaan. Sejarah kemunculan awal alat gong jenis berbusut di dunia adalah bermula di Asia Tenggara dan disifatkan sebagai alat ‘asli’ (indigenous) bagi masayarakat Melayu.

Gong berbusut yang diakui tertua pernah ditemui di Indonesia, bertarikh kira-kira 1000 SM. Keluarga gong di Malaysia Secara umumnya adalah terdiri daripada jenis-jenis yang berbusut ataupun yang ‘bertombol’. Ianya diperbuat daripada bahan-bahan asas seperti tembaga, timah dan besi dan terdapat dalam berbagai bentuk dan ukuran yang kelihatan berbeza-beza di antara satu sama lain termasuk juga ‘pic’, dan ‘timbre’. Begitu juga dengan nama dan peranannya dalam setiap kumpulan ataupun esemble yang didukunginya, adalah mengikut ‘genre’ muzik serta disiplinnya. Namun perbezaan itu dapat menyumbangkan kepada suatu peningkatan terhadap kesedaran dan nilai estetiknya.


Alat Membranofon
Sejarah Ringkas-alat Gendang
Alat-alat gendang juga penting sebagai bahan genderang dalam pembinaan sesebuak struktur dan fizikal lagu dalam muzik tradisional di Malaysia. Mengikut Curt Sachs, gendang bermula dari zaman Neolitik iaitu Zaman Batu Muda. Manusia dalam zaman Neolitik ini tidak lagi mengembara. Mereka bukan sahaja telah pandai berternak dan bercucuk tanam, malah telah berkumpul dan membentuk masayarakat yang mempunyai peraturan dan hidup pembahagian kerja dalam ikatan yang kolektif. Ini memungkinkan mereka membuat bermacam kerja, kerajinan tangan, membuat periuk belanga, bertukang dan sebagainya. Semuanya ini menjadi asas kepada kehidupan manusia. Kebudayaan Neolitik meliputi seluruh Nusantara dan menjadi asas kepada Kebudayaan Nusantara sekarang.

Jenis-jenis Gendang yang mempunyai satu muka seperti ’Kompang’ dan ’Rebana’ diakui telah mendahului gendang-gendangyang mempunyai dua muka (compund hole) sepertimana yang terdapat dalam esemble Paluan silat, Nobat Di Raja, Mak yong, Gendang Keling, Wayang Kulit, Terinai dan sebagainya. Begitu juga dengan gendang dua muka yang terdapat dalam permainan Gamelan juga merupakan satu ekstensi dari kejadian terdahulu. Contoh alat- RebanaRebana jenis gendang satu muka yang berbentuk seprti pasu (potted type). Ianya sering digunakan dalam esemble muzik sinkretik yang berkembang di kalangan masyarakat Melayu bandaran seperti Dondang Sayang, Joget, Inang, Masri, zapin, Cinta Sayang dan Ayam Didik. Dalam konteks persembahan, Rebana akan diletak di atas riba pemain dan dipalu dengan tangan. Ianya dapat menghasilkan pic suara asas seperti menmonik ’dung’ yang dipalu pada bahagian tengah permukaannya dan menmonik ’tak’ dari bahagian tepi alat berkenaan. Peranannya dalam esemble adalah sebagai penyokong irama dengan pola-pola paluan yang dapat dikategorikan sebagai irama asas (basic) penambahan (additive) dan menyilang iaitu cross rythm.

Bahan ekustik seperti kayu, kulit kambing, rotan dan buluh digunakan untuk membuatnya. Baluh ataupun temalang bagi alat Rebana lazimnya diperbuat daripada kau nangka. Ianya diakui mempengaruhi peningkatan mutu suara sesbuah alat itu. Dalam esemble sinkretik terdapat dua jenis Rebana yang sering digunakan iaitu

(i) Jenis Rebana yang memerlukan rotan sedak untuk menegangkan kulitnya sebagai prinsip utama dalam proses penalaan bunyi sebelum persembahan.
(ii) Jenis Rebana yang memerlukan rotan sedak dan kayu pasak iaitu ’tuning block’ untuk menegangkan kulitnya sebagai prinsip utama dalam proses penalaan bunyi sebelum persembahan. Dengan demikian suara yang ideal yang diekehendaki dapat dihasilkan. Setelah selesai persembahan, rotan sedak berkenaan dikeluarkan untuk menstabilkan kedudukan kulit Rebana berkenaan dalam keadaan yang asal (loosen).


Alat Kordofon
Sejarah ringkas-alat-alat bertali yang digesekIdea terawal menggunkan kaedah bagi alat-alat tali di dunia dikatakan bermula dari kalangan masyarakat orang-orang nomad yang telah mendiami di kawasan lapang di Utara Kirghiz, Kazakh dan Mongolia. Mereka juga dipercayai telah turut memperkenalkan alat-alat ’lutes’ yang digesek ke kawasan benua India dan sekaligus turut mengubah bentuk-bentuk alat tali dari jenis yang berleher pendek sepertimana yang ada sekarang ini. Alat-alat seperti ’Sarang’, ’Sarinda’, ’Sarod’, dan juga ’ Sarangi’ yang berkembang di India, pakistan, Kashmir dan Afghanistan adalah terhasil daripada pengaruh pemikiran mereka dan kelihatan begitu berbeza sekali berbanding dengan bentuk-bentuk alat gesek yang terdapat di kawasan Barat Daya dan Timur Tengah. Kini alat yang digesek dan diakui tertua masih dapat dikesan di Mongolia. Ianya dikenali sebagai ‘Morin Khuur’.

Contoh alat-Kecapi BuluhKecapi buluh juga dikenali sebagai ‘Gendang Kecapi’. Ianya dicipta daripada tabung-tabung buluh yang terpilih dan tali-talinya juga diambil ataupun dikupek daripada sebahagian kulitnya dan tanpa diputuskan hujungnya. Ianya mempunyai enam tali yang diregang dengan disokong oleh kayu penungkat (bridge). Dalam konteks persembahan, tali-talinya dipetik untuk memainkan mode rithme sebagai suara menmonik, gantian kepada gendang secara meningkah dengan suara yang terhasil daripada tepukan pada sebelah permukaan yang terbiar itu.

Pada sisi tabung berkenaan, dua lubang berbentuk emapat persegi ditebuk untuk menghasilkan suara gong ibu dan anak melalui kaedah petikan tali. Kemban rotan juga dipasang pada kedua-dua bahagian penghujung badan Kecapi untuk menentukan jarak getaran bagi tali-tali tersebut apabila proses penalaan dilakukan.

Alat Kecapi sering dimainkan sebagai alat ‘solo’ untuk muzik hiburan bagi mengisi masa lapang dan juga untuk memecah kesunyian sambil menunggu haiwan ternakan mereka meragut rumput. Alat Aerofon Alat ‘tiup’ jenis serunai, dikatakan berasal dari negara Timur Tengah iaitu parsi. Namun, perkembangan awal di Tenggara Asia, adalah dipercayai bermula daripada pengaruh budaya Hindu, iaitu sebelum kedatangan agama Islam di rantau ini. Di mana pendeta-pendeta mereka dkatakan telah membawa bersama-sama peralatan muzik, untuk menjalankan kegiatan dakwah agama mereka iaitu agama Hindu. Walaubagaimanapun perkataan ‘serunai’ adalah diasaskan dari perkataan Parsi iaitu ‘Nay’ yang bermaksud ‘tiup’
Di negara kita terdapat pelbagai jenis serunai yang digunakan dalam esemble untuk mengiringi teater Wayang kulit, Menora, Silat, tarian istana dan rakyat serta Nobat di Raja. Serunai yang terdapat di Malaysia adalah dicipta oleh tokoh-tokoh tempatan yang benar-benar mahir dalam bidang berkenaan. Mereka menggunakan cara tradisional untuk mencipta alat tersebut melalui keupayaan intuitif serta kepandaian yang sedia ada terhimpun dalam diri mereka.

Contoh alat –Kecopong Berbentuk seperti ‘loceng’ iaitu membesar ke bawah. Lazimnya jenis kecopong yang mempunyai tebukkan dalam yang luas digunakan untuk memainkan kategori ’lagu semasa’ yang sesuai dalam aspek persembahan Wayang Kulit tertentu di Kelantan. Bagi Kecopong yang mempunyai tebukan dalaman yang sempit dikatakan mampu menghasilkan suara yang tua dan ideal serta sesuai untuk digunakan bagi memainkan lagu-lagu yang bersifat tradisional. Peranan Kecopong adalah sebagai alat ’megaphonic’ iaitu untuk meningkatkan ataupun membesarkan suara sesebuah serunai. Ianya dibuat daripada kayu-kayu yang ringan dan sesuai seperti ’angsana’ dan diukir dengan motif-motif alam dan diwarnakan sebagai keunggulan estetikanya.

0 comments:

Post a Comment