I made this widget at MyFlashFetish.com.

[Pengaruh Barat Dalam Muzik Tradisional Malaysia]

Posted by smp2252asma Labels:


Pengaruh penting ke atas muzik di rantau ini, terutamanya Malaysia ialah dari Barat yang memperkenalkan budaya mereka termasuk tarian dan muzik. Orang portugis membawa masuk biola dan gitar sementara orang British mempopularkan alat-alat muzik barat yang lain seperti piano, trompet, seksafon dan sebagainya.







BIOLA



Violin biasa di sebut biola. Sebenarnya biola lebih besar sedikit daripada violin. Biola tidak sesuai bagi permainan muzik ghazal tetapi violin lebih sesuai. Alat ini berasal dari Barat, Jepun dan Negeri China. Alat ini di gantikan dengan alat muzik sharinggi India. Menurut catatan kuno bangsa Aria di India, pada 5.000 tahun yang lampau, raja Ravana dari negara Sri Langka telah mencipta alat muzik yang menggunakan senar-busur, yakni Ravanastron. Kemudian Ravanastron menyebar ke Afghanistan dan Persia, pada awal abad ke 1. Semasa zaman kerajaan Tokharistan di Afghanistan, bentuk instrumen muzik itu berubah menjadi bentuk Pipa (alat muzik petik dari Tiongkok), papan atasnya datar, di bahagian bawahnya berasal dari kayu utuh yang dipahat cekung, agak halus, nada dan resonansinya agak besar. Pada abad ke 7 menyebar ke wilayah Arab dan sewaktu zaman keemasan Islam namanya diubah menjadi Rebab. Sekitar abad ke 8, seiring dengan perluasan pengaruh Islam, Rebab masuk ke Sepanyol, ketika itu Sepanyol dibawah kekuasaan dinasti Aragon. Orang Sepanyol menyebut instrumen tersebut sebagai Rebec atau Rebeca. Dalam masa yang sama juga ia memasuki Roma, Yunani, Eropa Timur dan Italia. Pada abad pertengahan di Eropah, wilayah tempat berkembangnya alat muzik gesek ini ialah di Italia, Jerman dan Perancis, meskipun asal usul alat muzik gesek bukan di Eropah, tetapi telah dibesarkan dan berjaya di Eropah. Alat muzik gesek yang mula-mula masuk ke Eropah terdiri dari dua jenis yakni Pegangan vertikal dan Pegangan di atas lengan. Di sebabkan perubahan dan interaksi budaya, Biola moden paling awal muncul pada abad ke 16 (sekitar tahun 1520) di Itali Utara. Abad 16 adalah waktu gemilang yakni dari zaman Renaissance. Dengan latar belakang Renaissance, akhirnya Biola mengarah ke bentuk moden sekarang ini, pembuatannya halus, proses/teknologi pembuatannya sesuai dengan teknologi dan prinsip estetika. Amati, Stradivari dan Guarneri merupakan pembuat biola yang paling terkenal. Pelbagai usaha yang dilakukan bagi mengembangkan alat muzik ini. Sehingga kini biola buatan mereka masih saja menjadi barang rebutan pengumpul barangan muzik, hal ini masih kerana hasil ciptaan mereka telah diiktiraf sebagai biola terbaik di dunia. Ramai pembuat biola zaman moden yang cuba untuk mengembangkan dengan membuat beberapa penambahbaikan, namun masih tidak berjaya menandingi keupayaan dan kualiti buatan generasi terdahulu. Ketika pertengahan abad ke-17, para pemuzik mula memberi pemerhatian khusus kepada suatu bentuk musik untuk pertunjukan tertentu, seperti muzik biola atau muzik akustik, maka secara perlahan biola menggantikan peranan Viol. Pemuzik Itali, Monteverdi secara rasmi memasukkan biola ke dalam pertunjukannya, dan telah mencipta banyak teknik bermain biola, menghasilkan lebih banyak lagi nada dan suara biola. Teknik biola pada awal abad ke 19 juga telah sampai ke puncaknya oleh pakar biola Itali, Paganini. Sebelum menyebar ke Tiongkok, Ravanastron yang disebut-sebut seawal penulisan ini telah masuk ke India di daerah Jia Kum. Akhirnya pada abad ke 13 baru masuk ke Tiongkok, ketika zaman dinasti Song. Selepas 400 tahun, biola moden baru masuk secara serentak dengan kemasukan pedagang pada zaman dinasti Qing masuk ke Tiongkok.






Gitar:Gambar:Kissar, instrumen seperti lyra yang masih digunakan di beberapa tempat di Afrika Utara hingga sekarang.



Model instrumen yang dipetik sebelum zaman Renesans (1450-1600) sangatlah beragam. Wajar sekiranya kita keliru dengan nama-nama yang berlainan untuk sebuah instrumen yang sama, atau sebaliknya, keaneka-ragaman instrumen yang berasal dari instrumen yang sama.Keadaan ini disebabkan terbatasnya jaringan komunikasi pada ketika itu. Sebagai analoginya dapat kita lihat pada kisah Apollo dan Hermes. Diceritakan bahawa Hermes telah mengambil sapi-sapi milik Apollo. Dalam perjalanan pulang Hermes melihat seekor penyu. Iapun menangkap dan mengulitinya serta mengambil tempurungnya. Pada tempurung itu diberi lubang dan dicacapkan sepotong kayu. Pada bahagian rongga ditutupinya dengan kulit sapi. kemudian, dia pun mengikat usus sapi dari ujung potongan kayu ke ujung tempurung. Hermes pun memainkan instrumen ciptaannya itu sambil bernyanyi. Syair nyanyiannya itu memuji kebaikan, kepintaran dan kemurahan hati Apollo. Apollo yang mengetahui pekara tersebut menuntut Hermes untuk mengakui perbuatannya serta menuntut agar mengembalikan sapi-sapinya yang telah dikorbankan oleh Hermes. Selepas Hemes membuat seperti mana yang dituntut oleh Appolo, lalu Appolo pun memaafkan Hemes. Mereka segera membuat perjanjian. Dalam perjanjian tersebut, Hermes boleh memiliki sapi-sapi itu dan alat muzik buatan Hermes itu akan menjadi milik Apollo. Mungkin cerita ini hanyalah simbol dari alih budaya Creto-Helladis ke Indo-Eropa Yunani seperti penjelasan Graves. Terlalu sukar untuk kita melihat kisah ini sebagai asal usul instrumen lyra yang sebenarnya. Namun begitu kita tahu bahawa terdapat instrumen lyra pada bangsa Yunani kuno.





Ada yang menyebutnya Lyra, ada juga yang menyebutnya Khitara



Ada juga pendapat yang mengatakan idea awal instrumen gitar berasal dari bunyi tali pada busur panah. Kemudian diberi kotak suara atau resonator supaya suaranya lebih keras/jelas, selain tali (senar) yang ditambahkan. Alasan ini dapat difahami dengan melihat bentuk-bentuk instrumen berdawai kuno di bawah ini.