Kajian mengenai sejarah kebudayaan pra-sejarah dan manusia merupakan satu bidang yang kaya serta mustahak bagi kita untuk mencari jawapan asas terhadap persoalan-persoalan yang sering timbul apabila kita cuba membicarakan mengenai usia, pertemuan awal serta asal usul muzik itu, dan juga kepentingannya dalam setiap sudut kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Difahamkan bahawa salah satu daripada alat muzik yang tertua yang diakui wujud adalah merupakan sejeniup’ sepertimana yang difahami sekarang ini dengan alat ‘tiup’ sepertimana yang difahami sekarang ini dengan istilah seruling. Iannya dipercayai mula dicipta oleh masyarakat orang-orang primitive dari golongan ‘Homo Sapiens’ yang telah lahir sejak 20,000 tahun dahulu. Secara evolusi, mereka ini telah disifatkan sebagai golongan manusia yang sudah mempunyai tubuh yang sempurna dan kecerdasan akal yang tinggi.
Alat seruling tersebut dikatakan dicipta dengan menggunakan tulang-tulang yang berpipa daripada binatang. Alat tersebut didapati beberapa lubang jari (fingering holes). Ini menunjukkan bahawa golongan ‘Homo Sapiens’ juga sudah mempunyai citarasa yang tinggi terhadap idea muzik.Di samping itu mereka juga mempunyai ekpandaian untuk mengubah bahan-bahan daripada tulang serta gigi binatang untuk dijadikan bahan perhiasan diri seperti kalung dan sebagainya, malah mereka adalah terdiri daripada golongan manusia pertama yang menanamkan mayat bersama-sama dengan keperluan lain dan juga daging. Maka jelaslah kepada kita bahawa secara lahiriah muzik turut sama berkembang dan emmainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat orang-orang ‘Homo Sapiens’ bagi kepentingan upacara tersebut. Dari penjelasan di atas ternyata bahawa asal usul muzik secara amnya adalah bermula daripada masyarakat orang-orang primitif. Mereka menggunakan muzik dan tari dalam sembahyang unutk kuasa-kuasa ghaib mengikut kepercayaan animism yang dipercayai dapat memberi makna dalam kehidupan mereka.
Seterusnya, alat-alat muzik seperti ‘seruling’ iaitu ‘vertical flute’ telah dijumpai di makam Diraja ‘Ur of the Chaldees’ di Selatan Iraq dalam tahun 1920an, adalah dibuktikan wujud sejak dari tahun 4000 – 3000 SM lagi. Semenjak 2500 SM, ahli-ahli muzik di mesir didapati telah pun menggunakan alat-alat tiupan yang begitu sempurna dari segi pembuatannya untuk menghiburkan raja-raja mereka. Alat-alat ini terdiri daripada jenis-jenis seperti ‘seruling’ dan ‘klarinet berkembar’ ataupun ‘double carinet’. Alat ‘double clarinet’ mula wujud dan berkembang pada zaman keagungan Mesir purba iaitu “Ancinet Egypt’ dan dari sini ianya dikatakan telah merebak hingga ke Mesapotamia dan Greece sekita 500 SM dan dikenali dengan anama ‘aulos’. Double clarinet juga dikenali umum sebagai ‘double Reed Pipe’ iaitu sejenis alat tiupan yang menggunakan dua batang pipa yang diikat secara berkembar dan dipasangkan dengan ‘sounding aparatus’ sama ada secara tunggal ataupun setiap satu darinya dan ditiup oleh seorang pemain sahaja. Alat-alat double clarinet yang didapati wujud dan berkembang di merata-rata kawasan di timur Tengah dan juga lembah Mediterannean merupakan satu lanjtan sejarah awal perkembangannya. Dalam bahasa Arab ia dikenali dengan nama Zummarah dan di Lebanon dikenali sebagai ‘Mijwiz” Di India dikenali sebagai ‘Murli’ yang mana bellow nya diperbuat daripada labu yang telah dikeringkan.
Seterusnya dalam kategori alat tiup seperti serunai yang menggunakan pipit dua lapis (doublereed Instrument) adalah terdapat di seluruh dunia dan ditakrifkan sebagai alat ‘shawms’. Ia merujuk kepada jenis-jenis alat tiup secara khusus yang mempunyai bentuk ‘kun’ pada pipa melodinya iaitu ‘chanter’ dan menggunakan pipit dua lapis sebagai ‘sounding device;. Di India dikenali sebagai ‘shahnay’, di China sebagai ‘Sona’ di Sri Lanka dikenali sebagai ‘Harone’ dan di Thailand dikenali sebgaai ‘Pi Nai’.Ayat serunai beralasal dari Parsi dari suku kata ‘nay’ yang bermaksud tiup. Di Iraq dikenali sebagai ‘Zurna’
Seterusnya ‘seruling buluh’ yang ditakrifkan sebagai ‘flute’ turut menjadi sejarah alat purba. Ia berada di merata-rata tempat turut terkenal dalam kelompok Melayu deutro dan Proto yang menggunakan alam sebagai asas membuat alat muzik. Perkembagannya mengikut proses ‘poligenesis’ dan tidak melalui ‘difusi’ kebudayaan. Kewujudan adalah bermula dari ‘zaman batu’. Kesemua alat-alat tersebut diperbuat daripada tulang-tulang binatang dan mempunyai kaitan rapat dengan pemikiran masyarakat orang-orang primitif dari zaman pra sejarah.Terdapat juga jenis alat tiup yang diperbuat dari tanah liat dan dikenali dnegan nama ‘xun’. Alat ini dipercayai wujud sejak dari zaman batu pertengahan lagi iaitu 6000-7000 tahun dahulu. Di Malaysia satu ketika dahulu terdapat jenis alat tipu dari tanah liat dan berbentuk seperti ikan dan burung, dikenali sebagai ‘Puling Tanah’.
Dalam proses evolusi kebudayaan, sumber hutan telah digunakan untuk memperkembang kesenian orang Melayu Proto dan Deutro. Bahan perhiasan diperbuat daripada buluh dan rotan.Alat-alat muzik seperti seruling, serunai, selumprit, gendang, geduk, gedombak, dan canang juga dibuat daripada sumber hutan seperti kayu, buluh dan kulit.Sebagi contoh, alat muzik ini telah membantu memperkembang drama Melayu tradisional hinggalah drama Melayu moden.Melalui drama, kebudayaan Melayu dikekalkan kerana drama mengandungi berbagai-bagai unsur pnting seperti pendidikan, penyampaian maklumat,rangsangan pemikiran, dan hiburan.
Oleh sebab hutan rimba begitu penting dalam kehidupan orang Melayu, sistem kepercayaan yang wujud juga berkait rapat dengan perhutanan
Sebelum kedatangan agama Hindu dan agama Islam, orang Melayu mengamalkan kepercayaan animisme.Misalnya mereka percaya bahawa batu, pokok.sungai, hutan, bukit, dan gunung mempunyai semangat, kuasa ghaib, atau diduduki oleh dewa-dewa.Semangat ini mempengaruhi manusia yang berinteraksi dengan mereka.Oleh itu upacara keagamaan dan adat (ritual) diamalkan supaya mencapai keharmonian dan keseimbangan antara manusia dengan semangat itu.
Dalam amalan ritual kepercayaan, tarian dan muzik Melayu telah berkembang.Alat muzik dijampi dan lagu dimainkan untuk berdamai dan berdamping dengan kuasa ghaib seperti hantu, jembalang, jin, puaka, dan yang sebagainya.Walaupun kedatangan Islam telah mengurangkan darjah kepercayaan animisme ini, orang Melayu bukan Islam seperti Senoi, Semang, Negrito, Kadazan, Murut, Kelabit, Iban, dan yang lain masih meneruskan ritual itu sehingga kini.
Rujukan.
Nik Mustapha Mohd Salleh. 1998. Tradisional Dalam Masyarakat Melayu di Malaysia. Kuala Lumpur. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia.
Mohd Ghouse Nasurudin.1989. Muzik Melayu Tradisi. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Selangor.

1 comments:
info bergune
Post a Comment